Isnin, 25 Februari 2013

Minggu Keempat (24 Feb - 28 Feb 2013)

Pejam celik...pejam celik dah masuk minggu keempat rupanya.
Terasa cepat mase berlalu

Minggu ni agak sibuk di sekolah kerana perlu menghadiri banyak taklimat.Antaranya taklimat merentas desa,taklimat mesyuarat PIBG, taklimat Pra-U dan pelbagai lagi.

Walaubagaimanapun, PnP tetap berjalan seperti biasa.
Apabila menjejakkan kaki ke kelas 1Harmoni terasa diri ni tidaklah se harmoni nama kelasnya. Pelajar-pelajarnya agak nakal dan apabila guru mengajar di hadapan mreka tidak dapat memberikan sepenuh perhatian. Mereka cepat berasa boring belajar dan tidak berminat untuk membuat latihan. Apabila diberi latihan berkumpulan, mereka tidak dapat berbincang sesama mereka sebaliknya bergaduh sesama sendiri. 
Mungkinkah soalan yang diberi tidak sesuai dengan tahap pemikiran mereka?
Soalan yang sukar untuk dijawab?
Nampaknya, banyak yang perlu dipelajari supaya PnP dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan.

 Belajar dan terus belajar untuk mengajar pelajar....

Sabtu, 16 Februari 2013

Minggu Ketiga ( 17 Feb - 21 Feb 2013)

Pagi-pagi lagi dah kena masuk kelas..Setelah lama bercuti, rasa macam kurang bersemangat nak masuk kelas. Apepun tanggungjawab mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Ia adalah satu AMANAH.

Selesai je perhimpunan terus masuk kelas 4 SAINS 1 untuk mengajar ICT. P&P pada hari ini dimulakan dengan sesi perkenalan diri dengan pelajar-pelajar.
Semua pelajar baik-baik dan agak pasif. Mungkin tidak biasa lagi kot...Bilangan pelajar lelaki adalah kurang berbanding pelajar perempuan.

Setelah itu, P&P diteruskan dengan bab pada hari ini iaitu Kandungan Kontroversi dan Kawalan dibawah tajuk Etika Komputer dan Isu-isu Perundangan.


Break kejap pergi makan kat kantin.....

Lepah ni ada satu lagi kelas Matematik 1Harmoni....kelas yang ke dua hujung.Harap-harap pelajar-pelajarnya semua ok..

Alhamdulillah...selesai tugas untuk hari ini.

Minggu Kedua (10 Feb -14 Feb 2013)

Cuti Tahun Baru Cina...seminggu. Sepatutnya cuti tahun baru cina dua hari sahaja namun pihak sekolah memutuskan untuk cuti seminggu. Namun, persekolahan akan diganti untuk tiga hari tersebut.






Sabtu, 2 Februari 2013

Minggu Pertama (3 Feb -9 Feb 2013)


Minggu ini merupakan minggu pertama ku melalui praktikal di SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Hari pertama ku di sini dimulai dengan menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan guru SMK Tendong di Bilik Auditorium. Selepas itu, barulah ku menemui PKP Pn.Zawiah bt. Che Ghani untuk melapor diri.