Isnin, 1 April 2013

Minggu kesembilan (31 Mac - 4 April 2013)

Setelah seminggu bercuti terasa kemalasan untuk memulakan hari persekolahan pada hari pertama ini...
Cuti juga menyebabkan tidak sempat untuk mencoretkan sebarang coretan kerana Cuti Is Cuti...

Minggu kelapan (23 Mac-28 Mac 2013)



Cuti Pertengahan 
Penggal I
 2013

Ahad, 17 Mac 2013

Minggu ketujuh (17 Mac-21 Mac 2013)

Minggu ni sabtu adalah hari persekolahan bagi sekolah ganti Cuti Tahun Baru Cina..

sambungan seterusnya...

Ahad, 10 Mac 2013

Minggu Keenam (10 Mac - 16 Mac 2013)

Kesuntukan masa menyebabkan kelewatan untuk ku coretkan rentetan peristiwa di minggu ini..

Minggu ini telah diadakan Peperiksaan Awal Tahun bagi tahun 2013. Kelas ICT pun tidak terkecuali daripada menduduki peperiksaan awal tahun ini. Namun, bagi Tingkatan 1 dan 2 tidak diadakan peperiksaan kerana telah dinilai melalui PBS. Oleh kerana kertas peperiksaan telah disediakan lebih awal, maka pagi Ahad telah diadakan peperiksaan bagi 4 Sains 1.

Tiada PnP berlaku pada hari tersebut.Semua pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan tekun dan berhati-hati.

Sabtu, 2 Mac 2013

Minggu Kelima (3 Mac - 7 Mac 2013)

Awal2 pagi dh ade kelas...nasib baik ICT Tingkatan 4Sains 1.Lega rasenye mengajar berbanding dengan pelajar 1Harmoni Macam mana erk nk ngajar 1H ni nk bagi diorang faham..sakit dah rase tekak ni menjerit mengajar nk bagi diorang faham. Kelas lepas rehat.pelajar-pelajar memang aktif sangat masa ni..Arini masih lagi ulang tajuk yang minggu lepas sebab pelajar masih xpaham. Walaupun kelas agak bising arini kerana buat pertandingan antara kumpulan, namun pelajar sangat berminat bermain. Harap2 pelajar dapat memahami apa yang telah diajar hari ini.

Isnin, 25 Februari 2013

Minggu Keempat (24 Feb - 28 Feb 2013)

Pejam celik...pejam celik dah masuk minggu keempat rupanya.
Terasa cepat mase berlalu

Minggu ni agak sibuk di sekolah kerana perlu menghadiri banyak taklimat.Antaranya taklimat merentas desa,taklimat mesyuarat PIBG, taklimat Pra-U dan pelbagai lagi.

Walaubagaimanapun, PnP tetap berjalan seperti biasa.
Apabila menjejakkan kaki ke kelas 1Harmoni terasa diri ni tidaklah se harmoni nama kelasnya. Pelajar-pelajarnya agak nakal dan apabila guru mengajar di hadapan mreka tidak dapat memberikan sepenuh perhatian. Mereka cepat berasa boring belajar dan tidak berminat untuk membuat latihan. Apabila diberi latihan berkumpulan, mereka tidak dapat berbincang sesama mereka sebaliknya bergaduh sesama sendiri. 
Mungkinkah soalan yang diberi tidak sesuai dengan tahap pemikiran mereka?
Soalan yang sukar untuk dijawab?
Nampaknya, banyak yang perlu dipelajari supaya PnP dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan.

 Belajar dan terus belajar untuk mengajar pelajar....

Sabtu, 16 Februari 2013

Minggu Ketiga ( 17 Feb - 21 Feb 2013)

Pagi-pagi lagi dah kena masuk kelas..Setelah lama bercuti, rasa macam kurang bersemangat nak masuk kelas. Apepun tanggungjawab mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Ia adalah satu AMANAH.

Selesai je perhimpunan terus masuk kelas 4 SAINS 1 untuk mengajar ICT. P&P pada hari ini dimulakan dengan sesi perkenalan diri dengan pelajar-pelajar.
Semua pelajar baik-baik dan agak pasif. Mungkin tidak biasa lagi kot...Bilangan pelajar lelaki adalah kurang berbanding pelajar perempuan.

Setelah itu, P&P diteruskan dengan bab pada hari ini iaitu Kandungan Kontroversi dan Kawalan dibawah tajuk Etika Komputer dan Isu-isu Perundangan.


Break kejap pergi makan kat kantin.....

Lepah ni ada satu lagi kelas Matematik 1Harmoni....kelas yang ke dua hujung.Harap-harap pelajar-pelajarnya semua ok..

Alhamdulillah...selesai tugas untuk hari ini.