Ahad, 10 Mac 2013

Minggu Keenam (10 Mac - 16 Mac 2013)

Kesuntukan masa menyebabkan kelewatan untuk ku coretkan rentetan peristiwa di minggu ini..

Minggu ini telah diadakan Peperiksaan Awal Tahun bagi tahun 2013. Kelas ICT pun tidak terkecuali daripada menduduki peperiksaan awal tahun ini. Namun, bagi Tingkatan 1 dan 2 tidak diadakan peperiksaan kerana telah dinilai melalui PBS. Oleh kerana kertas peperiksaan telah disediakan lebih awal, maka pagi Ahad telah diadakan peperiksaan bagi 4 Sains 1.

Tiada PnP berlaku pada hari tersebut.Semua pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan tekun dan berhati-hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan